Isnin - 3 Oktober 2011

10.45 pagi
Elak Sinki Tersumbat

Garam kasar boleh bertindak sebagai bahan pelarut utk sisa2 yg tersumbat di dalam saluran sinki. Caranya, masukkan garam kasar ke dalam lubang sinki & curah air panas ke saluran sinki tersebut. Pasti sisa2 yg tersumbat akan larut dengan sendirinya.




1.45 pagi
Getah Pisang Muda Tidak Melekat di Tangan

Sebelum mengupas kulit pisang muda, sediakan sebesen air yg telah dilarutkan dengan garam. Masukkan pisang muda yg hendak dikupas ke dalam besen. Dengan menggunakan kedua belah tangan, kupaslah kulit pisang tersebut ketika ia masih di dalam air garam. Getah tidak akan melekat di tangan.

Selasa - 27 September 2011

10.45 pagi
Pulut Kuning Lebih Wangi dan Berkilat



Rendam beras pulut semalaman sehingga kembang. Kemudian, campurkan beberapa keping asam gelugur atau air kelapa supaya pulut kelihatan berkilat setelah masak. Untuk mengelakkan pulut cepat basi, perah santan dengan menggunakan air suam. Kemudian, panaskan santan bersana garam tetapi jangan sampai mendidih. Untuk mendapatkan pulut yg wangi, carik2kan daun pandan sebelum menanak atau mengukus beras pulut. Gaul santan bersama pulut ketika pulut masih panas agar tidak melekat.



1.45 tengah hari
Elak Biskut Mudah LemauSebelum menyimpan biskut ke dalam bekas atau balang,taburkan sedikit gula pasir ke dalam bekas atau balang yg ingin anda gunakan untuk menyimpan biskut. Seterusnya, lapik dengan kertas minyak atau tisu. Kemudian, barulah disusun biskut2 ke atasnya. Akhir sekali, tutup bekas balang dengan ketat.

Isnin - 26 September 2011

10.45 pagi
Ikan Sungai Tidak Hancur
Memasak ikan sungai kadangkala agak merumitkan kerana ia mudah hancur. Untuk mengatasinya,ketika membersihkannya, gaulkan ikan sungai bersama 1 sudu gula, sedikit asam jawa, 1 sudu garam dan 1 sudu cuka. Biarkan selama 15 minit sebelum dibersihkan. Kemudian, bolehlah dimasak seperti biasa.



1.45 tengah hari
Melambatkan Daging Berbau

Supaya daging yg baru dibeli tetap segar dan tidak mudah busuk, ambil sedikit gula pasir dan tabur ke atas daging. Gaul dan ratakan gula tersebut pada daging. Apabila anda ingin memasaknya, basuhlah daging itu sehingga bersih. Daging akan kelihatan segar untuk beberapa hari.

Selasa - 13 September 2011

10.45 pagi
Hilangkan Lumpur Pada Kerang


Untuk membersihkan kerang satu persatu sememangnya memakan masa yg lama. Untuk memudahkan kerja2 pembuangan lumpur yg melekat ini, caranya ialah dengan memasukkan kerang ke dalam besen yg berisi air dan kemudian ramas kerang tadi dengan menggunakan surat khabar. Ramas dalam masa 5 - 10 minit dan bilas. Insya Allah, lumpur tadi akan hilang secara keseluruhannya.



1.45 tengah hari
Membuang Bau Ikan

Sebelum memasak apa2 jenis ikan, perlulah kita membuang bau hanyir ikan. Caranya ialah dengan memerah limau kasturi dan lumurkan pada badan ikan selama 2 minit. Selepas itu, basuh dengan air barulah dimasak mengikut citarasa kita.

Sebelum memasak apa2 jenis ikan, perlulah kita membuang bau hanyir ikan. Caranya ialah dengan memerah limau kasturi dan lumurkan pada badan ikan selama 2 minit. Selepas itu, basuh dengan air barulah dimasak mengikut citarasa kita. Insya Allah bau hanyir akan hilang.

Isnin - 1 Ogos 2011

10.45 pagi
Hilangkan Pahit Buah Peria

Ramai yang tidak suka sayur peria kerana rasa pahitnya, walaupun peria mengandungi banyak khasiat dan baik untuk kesihatan. Untuk menghilangkan rasa pahit peria, mudah sahaja. Sebelum peria dipotong, basuhlah ia terlebih dahulu dan biarkan kering. Kemudian blehlah dihiris. Gunakan lebih minyak semasa menggoreng dan jangan masukkan air.



1.45 tengah hari
Sayur Kembali Segar

Jika sayur disimpan beberapa hari dalam peti ais, kesegaran sayur itu akan hilang. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendam sayur ke dalam air yg dicampurkan sedikit cuka selama beberapa minit. Kotoran pada sayur juga dapat dihilangkan. Selamat mencuba!

Selasa - 26 Julai 2011

10.45 pagi
Kelapa Parut Tak Mudah Basi
Kelapa yg telah diparut tidak boleh tahan lama kerana ia mudah basi. Untuk mengelakkan kelapa parut tersebut daripada basi, simpan kelapa parut tersebut di tempat beku dalam peti sejuk anda. Apabila hendak menggunakannya, keluarkan ia dan curah dengan air yg mendidih. Biarkan sejuk dan boleh dimasukkan ke dalam mesin pengisar untuk mendapatkan patinya. Dengan cara ini, pati santan akan lebih pekat.



1.45 tengah hari
Ikan Bakar Lebih Sedap

Perah limau nipis sebiji ke dalam bekas. Campurkan sedikit kunyit, garam dan gula secukup rasa. Kemudian, perapkan campuran tadi bersama ikan yg hendak dibakar selama 10 minit. Selepas itu, ikan tadi bolehlah dibakar dan dihidangkan. Anda dapat merasakan ikan itu masih segar dan belum hilang kemanisan isinya. Selamat mencuba.

Isnin - 25 Julai 2011

10.45 pagi
Hilangkan Bau Hanyir Ikan

Bersihkan ikan yg hendak dimasak terlebih dahulu. Kemudian, campurkan dengan satu sudu cuka dan secubit garam pada ikan tersebut. Setelah beberapa minit, ikan tadi bolehlah digoreng seperti biasa. Di samping dapat menghilangkan rasa dan bau hanyir ikan, daging ikan tersebut akan menjadi lebih sedap dan garing.



1.45 tengah hari
Telur Tidak Retak
Agar telur yg kita rebus tidak pecah, caranya rebus telur dengan menambahkan kulit bawang merah atau rebus telur dengan daun jambu batu. Rebus telur tanpa ditutup, insya Allah telur tidak pecah atau retak dan hasilnya memuaskan.

Selasa - 28 Jun 2011

10.45 pagi
Udang Sentiasa Segar

Supaya udang tidak busuk dan kelihatan sentiasa segar, anda boleh cuba amalkan petua ini. Perahkan air limau nipis ke atas udang tersebut semasa hendak menyimpannya di dalam peti sejuk. Cara ini boleh menjadikan udang itu segar dan tahan lama.



1.45 tengah hari
Atasi Lendir Bendi

Sayur bendi memang enak dimakan. Masalahnya, sayur ini banyak mengeluarkan lendir yg tidak disenangi ramai. Untuk mengatasi lendir bendi ini, masukkan asam gelugur ke dalam sayur bendi yg digoreng. Insya Allah lendir bendi dapat dikurangkan.

Isnin - 27 Jun 2011

10.45 pagi
Hilangkan Bau Petai

Rendam petai yg ingin dimakan atau dimasak selama 1/2 jam di dalam air basuhan beras. Jangan risau, walaupun petai tersebut telah direndam lama di dalam air, kesegarannya masih berkekalan. Cuma, baunya sahaja sudah dikurangkan.




1.45 tengah hari
Kek Ringan dan Lembut

Biasanya untuk menghasilkan kek yg ringan dan lembut, bahan tambahan seperti ovelet atau penstabil kek diperlukan. Tetapi, petua kali ini, anda boleh cuba menjemur tepung gandum yg hendak digunakan untuk membuat kek atau sanggan tepung tersebut (goreng tanpa minyak) terlebih dahulu. Hasilnya nanti, kek anda akan menjadi lebih lembut dan bertambah enak.

Selasa - 21 Jun 2011

10.45 pagi
Cuka Segarkan Ikan

Ikan yg disimpan lama dalam peti sejuk akan hilang kesegaran dan keenakkannya. Untuk mengembalikan kesegaran ikan tersebut, cubalah petua mudah ini. Rendamkan ikan tersebut dalam cuka makan selama 10-15 minit. Lakukan ketika hendak memasak. Hasilnya, ikan akan lebih enak dan segar.




1.45 tengah hari
Lauk Nasi Dagang Enak

Biasanya kita perlu merebus ikan tongkol untuk membuat lauk nasi dagang. Bagi menambahkan keenakkannya, masukkan tebu yg telah dibelah2 ke dalam air rebusan ikan. Tambahkan dengan asam jawa dan garam. Rebus sampai masak. Anda akan dapat menikmati hidangan ikan tongkol yg enak dan harum baunya.

Isnin - 20 Jun 2011

10.45 pagi
Halia Sentiasa Segar


Halia juga merupakan perencah masakan. Halia yg dibeli banyak menimbulkan masalah untuk mengelakkan ia dari cepat kering atau kecut. Untuk mengatasinya, tanam halia tersebut dalam tanah dan siram setiap hari. Hasilnya halia akan sentiasa segar bila2 masa mahu digunakan.



1.45 tengah hari
Bahulu Tidak Hanyir


Untuk membuat kuih bahulu, kita perlu menggunakan banyak telur. Satu cara menghilangkan bau hanyir telur ialah ambil sebiji bawang kecil dan belah dua. Bawang itu kemudiannya dimasukkan ke dalam telur yg hendak dipukul. Insya Allah kuih bahulu itu tidak akan berbau hanyir.

Selasa - 7 Jun 2011

10.45 pagi
Menghilangkan Kesan Hitam Bawah Kuali

Menghilangkan kesan hitam pada kuali amat rumit dan menyukarkan terutamanya ketika adanya majlis kenduri. Bagi meringankan kerja2 menghilangkan kesan tersebut, anda bolehlah mencuba petua ini. Sebelum menggunakan kuali tersebut, sapukan minyak masak di bahagian bawah kuali tersebut. Insya Allah permukaan bawah kuali anda tiada kesan hitam lagi.



1.45 tengah hari
Air Kelapa Garingkan Keropok

Bagi anda yg inginkan keropok yg digoreng garing, cubalah petua ini. Sebelum menggoreng keropok, celup dahulu keropok tersebut di dalam air kelapa dan jemur seketika. Goreng setelah keropok tersebut kering. Keropok akan menjadi garing apabila digoreng.

Selasa - 24 Mei 2011

10.45 pagi
Cili Giling Tidak Terlalu Pedas

Masakan yg menggunakan cili kering yg digiling sememangnya sedap. Tetapi, jika cili terlalu pedas, mungkin mengakitbatkan sakit perut. Untuk mengurangkan pedas cili tersebut, goreng seketika cili kering dengan minyak. Kemudian, tos dan gilingkan cili tersebut. Pedasnya akan berkurangan dan warna cili terebut akan kelihatan lebih cantik.



1.45 tengah hari
Menghilangkan Bau Hangit

Sesetengah orang tidak tahan atau pening bila terhidu bau hangit. Cara menghilangkan bau hangit termasuklah hangit nasi atau masakan2 lain adalah dengan cara masukkan 2 atau 3 tangkai cili kering ke dalam periuk. Kemudian, tutup dan biarkan seketika. Insya Allah, bau hangit itu akan hilang.

Selasa - 19 April 2011

10.45 pagi
Petua Merasa Garam


Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah, sukar untuk mengagak terutama sekali jika anda sedang berpuasa. Cara yg boleh anda gunakan untuk memastikan cukup masin atau tidaknya masakan anda ialah dengan meletakkan sedikit kuah (masakan) di atas jari anda. Sekiranya ia tidak meleleh, bermakna masakan anda itu cukup masin. Sebaliknya jika jari terasa perit, maksudnya masakan itu terlebih garam.



1.45 tengah hari
Kacang Cepat Empuk

Jika ingin membuat bubur kacang, tentu anda mempunyai masalah semasa merebus kacang. Ini kerana kacang yg akan direbus itu memakan masa yg agak lama untuk empuk. Bagi mengatasi masalah ini, masukkan sudu bersama2 kacang yg hendak direbus. Cara ini akan mempercepat masa untuk merebus kacang tadi.

Isnin - 18 April 2011

10.45 pagi
Menyimpan Sayur & Buah


Bungkus sayur2an atau buah2an yg anda beli di dalam beberapa helai kertas surat khabar yg telah dilembapkan dengan air. Selepas itu, masukkan bungkusan buah atau sayur ini ke dalam plastik dan simpankannya di dalam peti sejuk.



1.45 tengah hari
Sawi Tak Cepat Layu


Sayur sawi biasanya cepat layu sekiranya diletakkan begitu sahaja di dalam peti ais. Untuk memastikan sayur sawi yg dibeli kurang layu dan masih elok dimasak, setiap kali hendak membeli sayur sawi, pilih sawi yg muda dan masih hijau kerana ia lebih manis dan berbau segar bila dimasak.

Di rumah, bersihkan kesemua sawi itu dan potongkannya kecil2 mengikut cita rasa anda. Kemudian, simpankan bersama sedikit air (separuh bekas) di dalam bekas bertutup. Tutupkan bekas itu dengan kemas dan masukkannya di dalam peti sejuk. Insya Allah anda akan dapati sawi yg anda beli itu masih segar dan sedia untuk dimasak walaupun selepas disimpan selama 2 atau 3 hari.

Selasa - 15 Mac 2011

10.45 pagi
Legakan Batuk Dengan Madu

Batuk menyebabkan tekak gatal2 dan tidak selesa. Jangan terburu2 mencari ubat batuk. Ada penawar yang lebih semulajadi dan praktikal. Tahukah anda bahawa madu yg dicampur bersama secawan teh panas dan sedikit perahan lemon dapat membantu menghilangkan rasa gatal2 tersebut? Menurut kajian, madu bersifat antibakteria yg menjadi alternatif terapi sinus.



1.45 tengah hari
Jus Kobis Atasi Sembelit



Daun kobis yg mentah dan segar sesuai dimakan begitu sahaja sebagai salad atau ulaman. Kobis bukan sahaja enak dimakan bahkan memberi manfaat kepada kesihatan. Kobis dipercayai melindungi tubuh daripada bahaya radiasi, melambatkan pertumbuhan tumor, mengatasi masalah kegatalan kulit dan sebagainya. Segelas jus kobis segar yg diminum 2 kali sehari membantu mengatasi masalah sembelit.

Isnin - 14 Mac 2011

10.45 pagi
Lembutkan Bubur Kacang

Bubur kacang, gandum atau pulut hitam sering menjadi hidangan minum petang. Walau bagaimanapun, anda pasti menghadapi masalah untuk menghidangkan bubur kacang kerana lambat empuk. Untuk mempercepat proses memasak bubur kacang ini, elakkan masukkan garam dan gula semasa merebusnya supaya tidak keras. Tunggu hingga kacang menjadi empuk, barulah dimasukkan garam dan gula.



1.45 tengah hari
Jadikan Sambal Belacan Lebih Enak


Untuk menambah kesedapan sambal belacan, anda boleh membakar bawang merah atau bawang putih sebelum menumbuknya bersama bahan lain. Selain bakar, bawang berkenaan juga boleh digoreng sebentar bersama belacan dan cili padi. Hasilnya, sambal belacan anda akan bertambah sedap biarpun rasanya agak pedas sedikit.

Isnin - 28 Februari 2011

10.45 pagi
Hampas Kelapa Tanggalkan Kesan Getah Nangka

Buah nangka sememangya enak dimakan. Namun setiap kali memakannya, kita tentu akan berdepan masalah hendak menanggalkan getah bangka yg terkena pada tangan dan perkakas yg digunakan. Setiap kali terkena getah nangka, anda hanya perlu gosokkan hampas kelapa pada tangan atau perkakas yg terkena getah tadi berulang kali sehingga bersih.



1.45 tengah hari
Elak Telur Rebus Retak

Telur rebus biasanya dihidangkan bersama nasi lemak. Bagaimanapun kita adakalanya berhadapan dengan masalah telur rebus mengalami retak ketika direbus. Untuk mengelakkan telur retak ketika direbus, masukkan sedikit garam ketika merebusnya dan biarkan telur sehingga masak. Jangan dikacau dan biarkan sehingga telur benar2 masak. Hasilnya, telur tidak akan retak dan senang untuk mengopeknya.

Selasa - 15 Februari 2011

10.45 pagi
Daging Ayam Kekal Segar

Daging ayam mentah yg disimpan terlalu lama dalam peti sejuk akan mengubah kesegarannya. Untuk mengekalkan kesegaran daging ayam, cuba petua ini. Ayam yg telah dipotong2 tidak perlu dibersihkan. Ambil tepung gandum dan lumurkan di setiap ketulan daging ayam itu. Kemudian, simpan di dalam bekas lalu disimpan ke dalam peti sejuk. Bersihkan daging ayam itu ketika anda mahu memasaknya.




1.45 tengah hari
Pisang Goreng Lebih Rangup dan Garing

Pisang goreng yg rangup dan garing tentunya lebih enak. Lebih2 lagi jika ia dinikmati bersama secawan kopi panas. Campurkan sebutir telur ayam yg dipukul bersama sedikit kelapa parut ke dalam bancuhan tepung. Goreng pisang seperti biasa. Pisang goreng pasti akan lebih garing dan tidak berminyak.

Isnin - 14 Februari 2011

10.45 pagi
Garam Tetap Kering

Biasanya garam akan menjadi lembap apabila disimpan terlalu lama di tempat yg tiada cahaya. Untuk mengelakkan keadaan ini berlaku, letakkan garam tersebut ke atas api kecil dan kacau garam sehingga rata. Selepas itu, simpan garam ke dalam balang kering. Ambil dengan menggunakan sudu. Pasti garam akan kering.




1.45 tengah hari
Elak Getah Buah atau Sayuran Melekat di Tangan

Ambil sedikit tepung gandum dan sapukan pada keseluruhan tapak tangan. Kemudian, barulah anda boleh mula mengupas buah atau sayuran. Getah pasti tidak akan melekat pada tangan anda.

Isnin - 31 Januari 2011

Mengembalikan Kesegaran Sayur
10.45 pagi


Jika sayur2an disimpan di dalam peti sejuk untuk beberapa hari, kesegarannya pasti akan hilang. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendamkan sayur2an tadi di dalam air yg dicampur cuka selama beberapa minit. Selain dapat mengembalikan kesegaran, cuka juga akan menghilangkan kotoran pada sayur tersebut.


Kurangkan Rasa Pahit Daun Betik
1.45 tengah hari

Daun betik sedap dibuat ulam, namun tidak ramai yg mampu makan disebabkan rasa pahitnya. Untuk mengurangkan rasa pahit, ambil beberapa asam keping. Rebus bersama daun betik selama lebih kurang 20 minit. Tos airnya dan rasa pahit daun betik akan berkurangan.

Selasa - 25 Januari 2011

Hilangkan Bau Pedas Cili Tumis
10.45 pagi

Untuk memasak sambal tumis atau asam pedas, anda perlu menumis cili boh atau cili giling. Apabila cili ditumis, anda tentu dapat merasakan mata dan hidung menjadi pedih dan berair. Seluruh ruang dapur akan mendapat akibatnya.

Untuk menghindarkannya, masukkan gula pasir ke dalam minyak penggoreng yg telah panas itu. Kemudian, barulah menumis bawang dan cili tersebut. Kesannya, bau pedas cili tumis itu tidak akan menganggu anda sekeluarga.



Rasa Garam Dalam Masakan
1.45 tengah hari
Sememangnya menjadi masalah untuk memastikan sama ada garam yg diletakkan di dalam masakan mencukupi atau tidak. Tambahan pula apabila anda sedang berpuasa. Cara yg terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan meletakkan sedikit kuah masakan anda di atas jari. Jika ia tidak meleleh bereti masakan anda cukup masinnya tetapi jika jari anda terasa perit ini menunjukkan masakan anda terlebih garam.

Isnin - 24 Januari 2011

Merangupkan Kentang Goreng
10.45 pagi


Gaul kentang yg sudah dikupas kulit, basuh dan potong dengan garam secukup rasa. Setelah itu, barualh kentang itu digoreng menggunakan minyak yg banyak di atas api yg sederhana agar hasilnya nanti benar2 rangup sebagaimana yg dihasilkan di mana2 restoren makanan segera.



Mempercepatkan Air Mendidih
1.45 tengah hari



Ambil sedikit air sejuk dan jerangkannya dengan segera. Untuk mempercepatkan lagi air itu mendidih, masukkan beberapa sudu gula mengikut kadar air tadi. Air yg dicampurkan dengan gula akan mendidih dengan cepat berbanding biasa. Lebih menyenagkan, anda tidak perlu memasukkan lagi gula ke dalam air yg hendak dibancuh.