Isnin - 1 Ogos 2011

10.45 pagi
Hilangkan Pahit Buah Peria

Ramai yang tidak suka sayur peria kerana rasa pahitnya, walaupun peria mengandungi banyak khasiat dan baik untuk kesihatan. Untuk menghilangkan rasa pahit peria, mudah sahaja. Sebelum peria dipotong, basuhlah ia terlebih dahulu dan biarkan kering. Kemudian blehlah dihiris. Gunakan lebih minyak semasa menggoreng dan jangan masukkan air.



1.45 tengah hari
Sayur Kembali Segar

Jika sayur disimpan beberapa hari dalam peti ais, kesegaran sayur itu akan hilang. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendam sayur ke dalam air yg dicampurkan sedikit cuka selama beberapa minit. Kotoran pada sayur juga dapat dihilangkan. Selamat mencuba!

Selasa - 26 Julai 2011

10.45 pagi
Kelapa Parut Tak Mudah Basi
Kelapa yg telah diparut tidak boleh tahan lama kerana ia mudah basi. Untuk mengelakkan kelapa parut tersebut daripada basi, simpan kelapa parut tersebut di tempat beku dalam peti sejuk anda. Apabila hendak menggunakannya, keluarkan ia dan curah dengan air yg mendidih. Biarkan sejuk dan boleh dimasukkan ke dalam mesin pengisar untuk mendapatkan patinya. Dengan cara ini, pati santan akan lebih pekat.



1.45 tengah hari
Ikan Bakar Lebih Sedap

Perah limau nipis sebiji ke dalam bekas. Campurkan sedikit kunyit, garam dan gula secukup rasa. Kemudian, perapkan campuran tadi bersama ikan yg hendak dibakar selama 10 minit. Selepas itu, ikan tadi bolehlah dibakar dan dihidangkan. Anda dapat merasakan ikan itu masih segar dan belum hilang kemanisan isinya. Selamat mencuba.

Isnin - 25 Julai 2011

10.45 pagi
Hilangkan Bau Hanyir Ikan

Bersihkan ikan yg hendak dimasak terlebih dahulu. Kemudian, campurkan dengan satu sudu cuka dan secubit garam pada ikan tersebut. Setelah beberapa minit, ikan tadi bolehlah digoreng seperti biasa. Di samping dapat menghilangkan rasa dan bau hanyir ikan, daging ikan tersebut akan menjadi lebih sedap dan garing.



1.45 tengah hari
Telur Tidak Retak
Agar telur yg kita rebus tidak pecah, caranya rebus telur dengan menambahkan kulit bawang merah atau rebus telur dengan daun jambu batu. Rebus telur tanpa ditutup, insya Allah telur tidak pecah atau retak dan hasilnya memuaskan.