Selasa - 6 Julai 2010

10.45 pagi
Ayam Sentiasa Segar
Jangan biarkan ayam terlalu lama tersimpan di dalam plastik. Ia akan menyebabkan ayam tersebut mudah berbau busuk. Cuci ayam dan perapkan bersama tepung gandum untuk seketika. Cuci ayam tersebut semula. akhir sekali, barulah disimpan ke dalam peti sejuk.



1.45 tengah hari
Jimatkan Gas Ketika Memasak Bubur
Memasak bubur mengambil masa yg lama. Bagi menjimatkan masa sekaligus mengurangkan penggunaan gas, rendam beras yg hendak dimasak selama 30 minit sebelum dimasak. Cara ini mempercepatkan proses memasak bubur selain bubur lebih empuk.

Isnin - 5 Julai 2010

10.45 pagi
Menghilangkan Bau Cili Ketika MemasakBagi mengelakkan hidung terasa pedih akibat bau cili yg terlalu kuat ketika menggoreng, amalkan petua ini. Masukkan sehelai atau 2 helai daun kari ke dalam masakan. Bau yg memedihkan itu akan beransur hilang beberapa saat anda memasukkan daun kari.


1.45 tengah hari
Ikan Tidak HanyirAsam jawa dapat menghilangkan hanyir ikan pari dan ikan duri. Mula2 ambil asam jawa dan air, diramas di dalam 1 bekas. Masukkan ikan pari atau ikan duri selama setengah jam. Selepas setengah jam, kikis hanyir pada badan ikan hingga habis. Kemudian barulah ikan tadi disiang dan diramas dengan asam jawa bersama garam kasar berkali2. Lakukan hingga bersih dan hilang hanyirnya.

Selasa - 29 Jun 2010

10.45 pagi
Mencantikkan Sayur yang Dicelur
Kebiasaannya sayur akan kelihatan layu setelah dicelur atau direbus. Untuk mengilatkan sayuran yang dicelur atau direbus, masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam air rebusan. Apabila sudah mendidih, barulah dimasukkan sayuran untuk dicelur. Sayur pasti akan kelihatan berkilat dan enak dimakan.


1.45 tengah hari
Mewangikan Ikan Kukus

Untuk menyediakan ikan kukus yang wangi dan enak, perap ikan dengan perahan air limau nipis selama kira2 1 jam. Kemudian, racik2kan halia lalu disumbatkan pada penutup insang ikan sebelum dikukus. Anda boleh mengukusnya bersama halia tersebut bagi menambah bau wangi ikan.

Isnin - 28 Jun 2010

10.45 pagi
Tuala Lembut Selepas Dibasuh


Untuk mengelakkan tuala menjadi keras selepas dibasuh dan dikeringkan, rendamkan tuala di dalam air yang telah dicampurkan dengan 2 hingga 3 senduk cuka. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, cuci dengan air biasa.



1.45 tengah hari
Daun Kari Halau Lalat

Bagi menghindarkan gangguan lalat, ambil beberapa helai daun kari. Letakkan di tempat yg mempunyai banyak lalat. Selain dapat menghindarkan lalat, bau wangi daripada daun kari juga akan mengharumkan kediaman anda.

Isnin - 21 Jun 2010

10.45 pagi
Cara Mudah Halau Semut

Sekiranya bekas menyimpan gula dimasuki semut, masukkan sehelai daun sirih ke dalam bekas menyimpan gula. Biarkan beberapa minit dan semua semut akan keluar dari bekas tersebut.


1.45 tengah hari
Hilangkan Bau Hanyir Pada Pinggan

Penggunaan sabun untuk membersihkan pinggan mangkuk yang hanyir disebabkan masakan selalunya masih tidak berkesan. Untuk itu, air perahan limau nipis boleh digunakan. Rendamkan pinggan mangkuk tersebut di dalam air perahan limau yang dicampurkan dengan air suam. Pinggan bukan sekadar hilang bau hanyir, malah lebih berkilat dan cantik.

Selasa - 8 Jun 2010

10.45 pagi
Ayam Goreng Cepat Garing

Ayam goreng yang garing menjadi kegemaran ramai. Untuk menyediakan ayam goreng yang garing, masukkan sedikit air perahan limau nipis ke dalam minyak yang sedang panas. Gorenglah ayam seperti biasa. Anda akan dapati ayam sudah boleh dibalikkan tanpa menunggu lama dan proses memasak lebih singkat.


1.45 tengah hari
Tiada Lagi Bau Nasi Hangit

Bagi menghilangkan bau nasi hangit, ambil beberapa helai daun limau purut, carik-carikkan dan masukkan di dlam nasi hangit. Tutup semula tudung periuk. Pasti nasi berbau harum.