Isnin - 28 Februari 2011

10.45 pagi
Hampas Kelapa Tanggalkan Kesan Getah Nangka

Buah nangka sememangya enak dimakan. Namun setiap kali memakannya, kita tentu akan berdepan masalah hendak menanggalkan getah bangka yg terkena pada tangan dan perkakas yg digunakan. Setiap kali terkena getah nangka, anda hanya perlu gosokkan hampas kelapa pada tangan atau perkakas yg terkena getah tadi berulang kali sehingga bersih.



1.45 tengah hari
Elak Telur Rebus Retak

Telur rebus biasanya dihidangkan bersama nasi lemak. Bagaimanapun kita adakalanya berhadapan dengan masalah telur rebus mengalami retak ketika direbus. Untuk mengelakkan telur retak ketika direbus, masukkan sedikit garam ketika merebusnya dan biarkan telur sehingga masak. Jangan dikacau dan biarkan sehingga telur benar2 masak. Hasilnya, telur tidak akan retak dan senang untuk mengopeknya.

Selasa - 15 Februari 2011

10.45 pagi
Daging Ayam Kekal Segar

Daging ayam mentah yg disimpan terlalu lama dalam peti sejuk akan mengubah kesegarannya. Untuk mengekalkan kesegaran daging ayam, cuba petua ini. Ayam yg telah dipotong2 tidak perlu dibersihkan. Ambil tepung gandum dan lumurkan di setiap ketulan daging ayam itu. Kemudian, simpan di dalam bekas lalu disimpan ke dalam peti sejuk. Bersihkan daging ayam itu ketika anda mahu memasaknya.




1.45 tengah hari
Pisang Goreng Lebih Rangup dan Garing

Pisang goreng yg rangup dan garing tentunya lebih enak. Lebih2 lagi jika ia dinikmati bersama secawan kopi panas. Campurkan sebutir telur ayam yg dipukul bersama sedikit kelapa parut ke dalam bancuhan tepung. Goreng pisang seperti biasa. Pisang goreng pasti akan lebih garing dan tidak berminyak.

Isnin - 14 Februari 2011

10.45 pagi
Garam Tetap Kering

Biasanya garam akan menjadi lembap apabila disimpan terlalu lama di tempat yg tiada cahaya. Untuk mengelakkan keadaan ini berlaku, letakkan garam tersebut ke atas api kecil dan kacau garam sehingga rata. Selepas itu, simpan garam ke dalam balang kering. Ambil dengan menggunakan sudu. Pasti garam akan kering.




1.45 tengah hari
Elak Getah Buah atau Sayuran Melekat di Tangan

Ambil sedikit tepung gandum dan sapukan pada keseluruhan tapak tangan. Kemudian, barulah anda boleh mula mengupas buah atau sayuran. Getah pasti tidak akan melekat pada tangan anda.