Selasa - 28 Jun 2011

10.45 pagi
Udang Sentiasa Segar

Supaya udang tidak busuk dan kelihatan sentiasa segar, anda boleh cuba amalkan petua ini. Perahkan air limau nipis ke atas udang tersebut semasa hendak menyimpannya di dalam peti sejuk. Cara ini boleh menjadikan udang itu segar dan tahan lama.



1.45 tengah hari
Atasi Lendir Bendi

Sayur bendi memang enak dimakan. Masalahnya, sayur ini banyak mengeluarkan lendir yg tidak disenangi ramai. Untuk mengatasi lendir bendi ini, masukkan asam gelugur ke dalam sayur bendi yg digoreng. Insya Allah lendir bendi dapat dikurangkan.

Isnin - 27 Jun 2011

10.45 pagi
Hilangkan Bau Petai

Rendam petai yg ingin dimakan atau dimasak selama 1/2 jam di dalam air basuhan beras. Jangan risau, walaupun petai tersebut telah direndam lama di dalam air, kesegarannya masih berkekalan. Cuma, baunya sahaja sudah dikurangkan.




1.45 tengah hari
Kek Ringan dan Lembut

Biasanya untuk menghasilkan kek yg ringan dan lembut, bahan tambahan seperti ovelet atau penstabil kek diperlukan. Tetapi, petua kali ini, anda boleh cuba menjemur tepung gandum yg hendak digunakan untuk membuat kek atau sanggan tepung tersebut (goreng tanpa minyak) terlebih dahulu. Hasilnya nanti, kek anda akan menjadi lebih lembut dan bertambah enak.

Selasa - 21 Jun 2011

10.45 pagi
Cuka Segarkan Ikan

Ikan yg disimpan lama dalam peti sejuk akan hilang kesegaran dan keenakkannya. Untuk mengembalikan kesegaran ikan tersebut, cubalah petua mudah ini. Rendamkan ikan tersebut dalam cuka makan selama 10-15 minit. Lakukan ketika hendak memasak. Hasilnya, ikan akan lebih enak dan segar.




1.45 tengah hari
Lauk Nasi Dagang Enak

Biasanya kita perlu merebus ikan tongkol untuk membuat lauk nasi dagang. Bagi menambahkan keenakkannya, masukkan tebu yg telah dibelah2 ke dalam air rebusan ikan. Tambahkan dengan asam jawa dan garam. Rebus sampai masak. Anda akan dapat menikmati hidangan ikan tongkol yg enak dan harum baunya.

Isnin - 20 Jun 2011

10.45 pagi
Halia Sentiasa Segar


Halia juga merupakan perencah masakan. Halia yg dibeli banyak menimbulkan masalah untuk mengelakkan ia dari cepat kering atau kecut. Untuk mengatasinya, tanam halia tersebut dalam tanah dan siram setiap hari. Hasilnya halia akan sentiasa segar bila2 masa mahu digunakan.



1.45 tengah hari
Bahulu Tidak Hanyir


Untuk membuat kuih bahulu, kita perlu menggunakan banyak telur. Satu cara menghilangkan bau hanyir telur ialah ambil sebiji bawang kecil dan belah dua. Bawang itu kemudiannya dimasukkan ke dalam telur yg hendak dipukul. Insya Allah kuih bahulu itu tidak akan berbau hanyir.

Selasa - 7 Jun 2011

10.45 pagi
Menghilangkan Kesan Hitam Bawah Kuali

Menghilangkan kesan hitam pada kuali amat rumit dan menyukarkan terutamanya ketika adanya majlis kenduri. Bagi meringankan kerja2 menghilangkan kesan tersebut, anda bolehlah mencuba petua ini. Sebelum menggunakan kuali tersebut, sapukan minyak masak di bahagian bawah kuali tersebut. Insya Allah permukaan bawah kuali anda tiada kesan hitam lagi.



1.45 tengah hari
Air Kelapa Garingkan Keropok

Bagi anda yg inginkan keropok yg digoreng garing, cubalah petua ini. Sebelum menggoreng keropok, celup dahulu keropok tersebut di dalam air kelapa dan jemur seketika. Goreng setelah keropok tersebut kering. Keropok akan menjadi garing apabila digoreng.