10.45 pagi
Ayam Goreng Lebih Rangup

Agar ayam goreng lebih rangup, gaulkan ayam dengan garam & kunyit. Kemudian, salut sedikit tepung sagu pada ayam tersebut dan goreng ayam seperti biasa. Cara ini juga menjadikan ayam goreng anda lebih enak.


1.45 tengah hari
Minyak Masak Lebih Jernih

Untuk menjernihkan minyak yg telah digunakan untuk tujuan menggoreng, gaulkan kacang tanah dengan sedikit tepung gandum. Kemudian, gorengkan kacang tanah tersebut. Anda pasti berpuas hati melihat hasilnya.
10.45 pagi
Bersihkan Minyak Kelapa

Ambil beberapa keping asam gelugur dan goreng dalam minyak masak yg telah digunakan. Asam gelugur akan meresap minyak berwarna hitam dan hasilnya minyak boleh digunakan untuk beberapa kali.


1.45 tengah hari
Kurangkan Lalat Hinggap Pada Makanan


Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yg diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih di dalamnya. Gantungkan pada ruang makan yg terdapat lalat.
10.45 pagi
Menghilangkan Kutu Beras


Ambil 5 hingga 6 tangkai daun belimbing buluh yg telah dicuci dan biarkan kering. Masukkan ke dalam bekas beras, Insya Allah kutu beras akan hilang.



1.45 tengah hari
Garam Sentiasa Kering

Masukkan sedikit beras pada tempat penyimpanan garam. Cara ini boleh menjadikan garam akan tetap kering dan bersih hingga beberapa lama.
10.45 pagi
Tepung Gandum Hilangkan Bau Hanyir

Bagi menghilangkan hanyir ikan atau ayam, lumurkan dengan tepung gandum dengan perahan air limau nipis. Biarkan sehingga 15 minit. Selepas itu, ayam atau ikan yang sudah dilumur tadi sedia untuk digoreng. Pasti ayam atau ikan akan lebih garing dan sedap.



1.45 tengah hari
Cepat Mengupas Kulit Bawang


Caranya dengan merendamkan bawang merah dalam mangkuk berisi air. Kira-kira 5 minit selepas itu barulah bawang dikupas. Insya Allah, mata anda tidak akan pedih sewaktu mengupas, malah ia mmeudahkan lagi kerja mengupas.
10.45 pagi
Cara Mudah Membersihkan Udang / Sotong

Bagi memudahkan kerja membersihkan udang atau sotong, gaulkannya dengan sedikit garam. Biarkan selama 2 minit dan kemudian basuh. Udang dan sotong akan menjadi lebih bersih dan putih.



1.45 tengah hari
Elak Kerang Berpasir

Tidak perlu bersusah untuk membersihkan kerang. Masukkan kerang ke dalam bekas dan letakkan air. Ambil daun bunga kantan dan ramas bersama kerang. Tidak sampai 5 minit, kerang anda akan bersih dan bolehlah dimasak mengikut citarasa.
10.45 pagi
Barbeku Lebih Enak

Bagi menambahkan keenakkan hidangan barbeku, gaulkan daging atau ayam dengan garam, rempah ratus dan perapkan semalaman. Masukkan sedikit air limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir. Ketika memanggang, gunakan api besar pada peringkat permulaan dan setelah sedikit masak, kecilkan api dan biarkan sehingga masak.



1.45 tengah hari
Kentang Lecek Pekatkan Sup

Sup ayam mahupun daging ada kalanya menjadi terlalu cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yg telah dilecek ke dalam sup. Biarkan seketika sehingga sup menjadi sedikit pekat.
10.45 pagi
Elak Biskut Lemau

Biskut yg disimpan di dalam bekas kadang2 mudah lemau. Bagi mengelakkannya, sebelum menyimpan biskut, taburkan sedikit gula pasir ke dalam bekas berkenaan. Kemudian, baru masukkan biskut dan tutup ketat.



1.45 tengah hari
Telur Ikan Tidak Mudah Hancur


Sebelum memasak telur ikan, basuh dan rendamkan di dalam air kapur selama 10 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih dan rebus seketika sebelum dimasak. Hasilnya telur ikan tidak mudah hancur dan keenakkannya lebih terasa.