Selasa - 15 Mac 2011

10.45 pagi
Legakan Batuk Dengan Madu

Batuk menyebabkan tekak gatal2 dan tidak selesa. Jangan terburu2 mencari ubat batuk. Ada penawar yang lebih semulajadi dan praktikal. Tahukah anda bahawa madu yg dicampur bersama secawan teh panas dan sedikit perahan lemon dapat membantu menghilangkan rasa gatal2 tersebut? Menurut kajian, madu bersifat antibakteria yg menjadi alternatif terapi sinus.



1.45 tengah hari
Jus Kobis Atasi Sembelit



Daun kobis yg mentah dan segar sesuai dimakan begitu sahaja sebagai salad atau ulaman. Kobis bukan sahaja enak dimakan bahkan memberi manfaat kepada kesihatan. Kobis dipercayai melindungi tubuh daripada bahaya radiasi, melambatkan pertumbuhan tumor, mengatasi masalah kegatalan kulit dan sebagainya. Segelas jus kobis segar yg diminum 2 kali sehari membantu mengatasi masalah sembelit.

Isnin - 14 Mac 2011

10.45 pagi
Lembutkan Bubur Kacang

Bubur kacang, gandum atau pulut hitam sering menjadi hidangan minum petang. Walau bagaimanapun, anda pasti menghadapi masalah untuk menghidangkan bubur kacang kerana lambat empuk. Untuk mempercepat proses memasak bubur kacang ini, elakkan masukkan garam dan gula semasa merebusnya supaya tidak keras. Tunggu hingga kacang menjadi empuk, barulah dimasukkan garam dan gula.



1.45 tengah hari
Jadikan Sambal Belacan Lebih Enak


Untuk menambah kesedapan sambal belacan, anda boleh membakar bawang merah atau bawang putih sebelum menumbuknya bersama bahan lain. Selain bakar, bawang berkenaan juga boleh digoreng sebentar bersama belacan dan cili padi. Hasilnya, sambal belacan anda akan bertambah sedap biarpun rasanya agak pedas sedikit.