Udang Sentiasa Segar




  • Enak dan lazat jika hidangan udang yang dimakan masih segar. Untuk memastikan kesegaran udang kekal lama terutama apabila didalam peti sejuk, pastikan udang dibasuh dan dibils bersih, kemudian diperah dengan air limau nipis sebelum menyimpan di dalam peti sejuk.

Tauhu Tidak Melekat



  • biasanya apabila memasak, tauhu yang digoreng akan melekat di permukaan kuali. apa yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini dengan menabur sedikit garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. dengan cara ini tauhu tidak akan melekat lagi di permukaan kuali.
10.45 pagi
Kurangkan Pedas Cili Giling


Memasak menggunakan cili giling memang sedap, tapi jika cili giling yg digunakan masih baru tentu ia amat pedas dan boleh mengakibatkan sakit perut. Unutk mengurangkan rasa pedas cili tersebut, anda perlu menggorengkan seketika cili kering dengan minyak. Toskan dan barulah digiling cili tersebut. Pedasnya akan berkurangan dan warna cili pun kelihatan cantik.



1.45 tengah hari
Cucur Lebih Rangup


Menikmati hidangan cucur udang, ikan bilis, pisang atau cucur jagung ketika masih panas tentu menyelerakan kerana keranggupannya. Tetapi bila dimakan ketika sudah sejuk tentu kurang enak, apatah lagi cucur tidak ranggup. Untuk memastikan cucur anda ranggup, masukkan beberapa sudu minyak panas ke dalam bancuhan cucur dan kacau hingga sebati sebelum digoreng.
10.45 pagi
Kekalkan Kesegaran Epal



Selalunya, epal akan berubah warna setelah dikupas kulitnya. Jadi, bagi mengelakkan buah epal berubah warna setelah dikupas, anda boleh merendamkannya di dalam mangkuk yg berisi air dan dicampurkan dengan sedikit perahan jus lemon atau garam.



1.45 tengah hari
Halau Semut Pada Gula




Semut suka pada benda2 manis terutamanya bekas gula. Untuk mengelakkan semut hinggap pada gula, anda boleh salutkan sekeliling bekas atau balang gula dengan minyak masak. Semut tidak akan dapat memasuki bekas gula untuk beberapa lama.
10.45 pagi
Ayam Goreng Lebih Rangup

Agar ayam goreng lebih rangup, gaulkan ayam dengan garam & kunyit. Kemudian, salut sedikit tepung sagu pada ayam tersebut dan goreng ayam seperti biasa. Cara ini juga menjadikan ayam goreng anda lebih enak.


1.45 tengah hari
Minyak Masak Lebih Jernih

Untuk menjernihkan minyak yg telah digunakan untuk tujuan menggoreng, gaulkan kacang tanah dengan sedikit tepung gandum. Kemudian, gorengkan kacang tanah tersebut. Anda pasti berpuas hati melihat hasilnya.
10.45 pagi
Bersihkan Minyak Kelapa

Ambil beberapa keping asam gelugur dan goreng dalam minyak masak yg telah digunakan. Asam gelugur akan meresap minyak berwarna hitam dan hasilnya minyak boleh digunakan untuk beberapa kali.


1.45 tengah hari
Kurangkan Lalat Hinggap Pada Makanan


Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yg diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih di dalamnya. Gantungkan pada ruang makan yg terdapat lalat.
10.45 pagi
Menghilangkan Kutu Beras


Ambil 5 hingga 6 tangkai daun belimbing buluh yg telah dicuci dan biarkan kering. Masukkan ke dalam bekas beras, Insya Allah kutu beras akan hilang.



1.45 tengah hari
Garam Sentiasa Kering

Masukkan sedikit beras pada tempat penyimpanan garam. Cara ini boleh menjadikan garam akan tetap kering dan bersih hingga beberapa lama.
10.45 pagi
Tepung Gandum Hilangkan Bau Hanyir

Bagi menghilangkan hanyir ikan atau ayam, lumurkan dengan tepung gandum dengan perahan air limau nipis. Biarkan sehingga 15 minit. Selepas itu, ayam atau ikan yang sudah dilumur tadi sedia untuk digoreng. Pasti ayam atau ikan akan lebih garing dan sedap.



1.45 tengah hari
Cepat Mengupas Kulit Bawang


Caranya dengan merendamkan bawang merah dalam mangkuk berisi air. Kira-kira 5 minit selepas itu barulah bawang dikupas. Insya Allah, mata anda tidak akan pedih sewaktu mengupas, malah ia mmeudahkan lagi kerja mengupas.
10.45 pagi
Cara Mudah Membersihkan Udang / Sotong

Bagi memudahkan kerja membersihkan udang atau sotong, gaulkannya dengan sedikit garam. Biarkan selama 2 minit dan kemudian basuh. Udang dan sotong akan menjadi lebih bersih dan putih.



1.45 tengah hari
Elak Kerang Berpasir

Tidak perlu bersusah untuk membersihkan kerang. Masukkan kerang ke dalam bekas dan letakkan air. Ambil daun bunga kantan dan ramas bersama kerang. Tidak sampai 5 minit, kerang anda akan bersih dan bolehlah dimasak mengikut citarasa.
10.45 pagi
Barbeku Lebih Enak

Bagi menambahkan keenakkan hidangan barbeku, gaulkan daging atau ayam dengan garam, rempah ratus dan perapkan semalaman. Masukkan sedikit air limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir. Ketika memanggang, gunakan api besar pada peringkat permulaan dan setelah sedikit masak, kecilkan api dan biarkan sehingga masak.



1.45 tengah hari
Kentang Lecek Pekatkan Sup

Sup ayam mahupun daging ada kalanya menjadi terlalu cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yg telah dilecek ke dalam sup. Biarkan seketika sehingga sup menjadi sedikit pekat.
10.45 pagi
Elak Biskut Lemau

Biskut yg disimpan di dalam bekas kadang2 mudah lemau. Bagi mengelakkannya, sebelum menyimpan biskut, taburkan sedikit gula pasir ke dalam bekas berkenaan. Kemudian, baru masukkan biskut dan tutup ketat.



1.45 tengah hari
Telur Ikan Tidak Mudah Hancur


Sebelum memasak telur ikan, basuh dan rendamkan di dalam air kapur selama 10 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih dan rebus seketika sebelum dimasak. Hasilnya telur ikan tidak mudah hancur dan keenakkannya lebih terasa.
10.45 pagi
Buah Potong Kekal Segar


Buah2an yg dipotong akan berubah warna dan kelihatan kurang menarik. Bagi mengatasinya, rendam buah2an ini seketika di dalam air perahan limau nipis. Buah2an akan kelihatan segar dan menyelerakan.




1.45 tengah hari
Taugeh Tahan Lama




Bagi memastikan taugeh tahan lama, penuhkan bekas yg mengandungi taugeh dengan air. Pastikan air menutupi keseluruhan taugeh. Kemudian, masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam bekas tersebut. Simpan di dalam peti sejuk.
10.45 pagi
Sotong Lebih Mudah Dibersihkan

Bagi membersihkan sotong dengan mudah, setelah membuang dakwatnya, rendamkan sotong ke dalam air basuhan beras dan biarkan selama 10 minit. Kulit sotong akan mudah lekang dan bau hanyir akan hilang. Bilas dengan air bersih.




1.45 tengah hari
Halia Lembutkan Daging



Bagi melembutkan daging, tumbuk halia sehingga halus dan campurkan sedikit garam. Perapkan bahan ini bersama daging yg telah dipotong selama setengah jam. Kemudian bilas dengan air bersih dan masak seperti biasa.
10.45 pagi
Kuih Lompang Tidak Melekat

Kebiasaan kuih lompang akan melekat pada acuan dan sukar untuk mengeluarkannya. Bagi mengelakkannya, sapukan acuan dengan sedikit minyak masak terlebih dahulu sebelum mengukus. Cara ini akan memudahkan kuih lompang keluar dari acuan.


1.45 tengah hari
Cara Mudah Bersihkan Kerak Kuali


Untuk menghilangkan kerak masakan pada periuk, masukkan sedikit air ke dalam periuk atau kuali yang berkerak. Panaskan di atas api untuk seketika. Dengan cara ini, kerak tersebut lebih mudah ditanggalkan.
10.45 pagi
Hidangan Belut atau Ikan Haruan Tidak Hanyir

Bagi mengelakkan hidangan belut atau ikan haruan berbau hanyir, amalkan petua ini. Ketika memasak, rendamkannya ke dalam air basuhan beras untuk seketika. Kemudian, basuh dengan air bersih dan bilas hingga hilang lendir pada ikan tersebut. Cara ini juga melazatkan masakan anda.



1.45 tengah hari
Gula Merah Lembutkan Daging

Bagi melembutkan daging, ambil sedikit gula merah dan gaulkannya bersama daging. Biarkan selama 10 minit sebelum memasaknya.
10.45 pagi
Apam Lebih Gebu

Apabila membuat kuih apam, campurkan ibu roti bersama 1 cawan air kelapa. Kemudian, biarkan seperti biasa sehingga adunan naik. Apabila adunan naik, Insya Allah hasilnya lebih memuaskan.



1.45 tengah hari
Limau Nipis Putihkan Nasi


Ada sesetengah beras apabila dimasak warna nasinya perang. Bagi memutihkan warna nasi tersebut, masukkan 1 sudu teh perahan limau nipis pada setiap 1 tin beras ketika memasaknya.
10.45 pagi
Tips Untuk Sambal Kering Rangup dan Tahan Lama

  • Elakkan menambahkan air ketika memasak. Untuk mengelakkan menggunakan air, cili kering juga harus ditumbuk.
  • Ikan bilis juga perlu digoreng garing sebelum boleh digaul sebati bersama cili yg siap digoreng.
  • Pastikan juga sambal telah sejuk untuk memelihara ikan bilis agar sentiasa rangup dan tahan lama.
  • Gula digunakan untuk mengurangkan pedas cili dan sebagai pengganti bahan perasa.
  • Tips yg sama boleh digunakan untuk menyediakan sambal seperti sambal tempe, kacang dan sebagainya.


1.45 tengah hari

Cara Mudah Membersihkan Ayam

Masukkan beberapa keping asam gelugur dan sedikit garam kasar ke dalam sebuah bekas. Gaulkan dengan ayam dan kemudian basuh seperti biasa. Daging ayam akan lebih segar dan tiada lagi bau.
10.45 pagi
Sayuran Lebih Segar

Agar sayur2an kelihatan tetap segar, setelah menumis bawang putih dan bawang merah, masukkan sedikit air yang dicampurkan setengah sudu teh soda bikarbonat. Kemudian, barulah dimasukkan sayur2an. Cara ini juga menambahkan keenakkan masakan.



1.45 tengah hari
Ayam Goreng Lebih Wangi & Enak

Bagi menambahkan keenakkan ayam yang digoreng, kisar beberapa ulas bawang putih, bawang merah, ketumbar dan jintan putih. Perapkan ayam dengan bahan yang telah dikisar tadi bersama serbuk perasa dan garam. Biarkan selama 30 minit. Kemudian, goreng seperti biasa.
10.45 pagi
Hilangkan Bau Peti Sejuk

Bagi menghilangkan bau pada peti sejuk, masukkan sedikit soda bikarbonat ke dalam air. Gunakan air ini untuk membersihkan peti sejuk anda. Bau yang kurang enak pasti dapat dihapuskan.



1.45 tengah hari
Menyedapkan Sambal Belacan

Biasanya untuk membuat sambal belacan menggunakan garam, gula, belacan, lada dan asam limau. Namun anda boleh bertukar selera dengan menggunakan air asam jawa dan sedikit udang kering. Ia lebih pekat dan enak rasanya.

Isnin - 12 Julai 2010

10.45 pagi
Pau Lebih Enak


Petua untuk pau lebih enak ialah dengan merebus daun pandan. Gunakan air rebusan tadi untuk membuat pau. Masukkan juga beberapa helai daun pandan dalam air yg digunakan untuk mengukus pau bagi mendapat bau harum.


1.45 tengah hari
Cara Mudah Siang Ikan Air Tawar

Ada masanya ikan air tawar yg hendak dimasak sukar untuk disiang. Cara mudah untuk menyiang dengan menaburkan seberapa banyak garam kasar ke dalam bekas ikan. Cara ini akan lebih mudah menyiangnya.

Selasa - 6 Julai 2010

10.45 pagi
Ayam Sentiasa Segar
Jangan biarkan ayam terlalu lama tersimpan di dalam plastik. Ia akan menyebabkan ayam tersebut mudah berbau busuk. Cuci ayam dan perapkan bersama tepung gandum untuk seketika. Cuci ayam tersebut semula. akhir sekali, barulah disimpan ke dalam peti sejuk.



1.45 tengah hari
Jimatkan Gas Ketika Memasak Bubur
Memasak bubur mengambil masa yg lama. Bagi menjimatkan masa sekaligus mengurangkan penggunaan gas, rendam beras yg hendak dimasak selama 30 minit sebelum dimasak. Cara ini mempercepatkan proses memasak bubur selain bubur lebih empuk.

Isnin - 5 Julai 2010

10.45 pagi
Menghilangkan Bau Cili Ketika MemasakBagi mengelakkan hidung terasa pedih akibat bau cili yg terlalu kuat ketika menggoreng, amalkan petua ini. Masukkan sehelai atau 2 helai daun kari ke dalam masakan. Bau yg memedihkan itu akan beransur hilang beberapa saat anda memasukkan daun kari.


1.45 tengah hari
Ikan Tidak HanyirAsam jawa dapat menghilangkan hanyir ikan pari dan ikan duri. Mula2 ambil asam jawa dan air, diramas di dalam 1 bekas. Masukkan ikan pari atau ikan duri selama setengah jam. Selepas setengah jam, kikis hanyir pada badan ikan hingga habis. Kemudian barulah ikan tadi disiang dan diramas dengan asam jawa bersama garam kasar berkali2. Lakukan hingga bersih dan hilang hanyirnya.

Selasa - 29 Jun 2010

10.45 pagi
Mencantikkan Sayur yang Dicelur
Kebiasaannya sayur akan kelihatan layu setelah dicelur atau direbus. Untuk mengilatkan sayuran yang dicelur atau direbus, masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam air rebusan. Apabila sudah mendidih, barulah dimasukkan sayuran untuk dicelur. Sayur pasti akan kelihatan berkilat dan enak dimakan.


1.45 tengah hari
Mewangikan Ikan Kukus

Untuk menyediakan ikan kukus yang wangi dan enak, perap ikan dengan perahan air limau nipis selama kira2 1 jam. Kemudian, racik2kan halia lalu disumbatkan pada penutup insang ikan sebelum dikukus. Anda boleh mengukusnya bersama halia tersebut bagi menambah bau wangi ikan.

Isnin - 28 Jun 2010

10.45 pagi
Tuala Lembut Selepas Dibasuh


Untuk mengelakkan tuala menjadi keras selepas dibasuh dan dikeringkan, rendamkan tuala di dalam air yang telah dicampurkan dengan 2 hingga 3 senduk cuka. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, cuci dengan air biasa.



1.45 tengah hari
Daun Kari Halau Lalat

Bagi menghindarkan gangguan lalat, ambil beberapa helai daun kari. Letakkan di tempat yg mempunyai banyak lalat. Selain dapat menghindarkan lalat, bau wangi daripada daun kari juga akan mengharumkan kediaman anda.

Isnin - 21 Jun 2010

10.45 pagi
Cara Mudah Halau Semut

Sekiranya bekas menyimpan gula dimasuki semut, masukkan sehelai daun sirih ke dalam bekas menyimpan gula. Biarkan beberapa minit dan semua semut akan keluar dari bekas tersebut.


1.45 tengah hari
Hilangkan Bau Hanyir Pada Pinggan

Penggunaan sabun untuk membersihkan pinggan mangkuk yang hanyir disebabkan masakan selalunya masih tidak berkesan. Untuk itu, air perahan limau nipis boleh digunakan. Rendamkan pinggan mangkuk tersebut di dalam air perahan limau yang dicampurkan dengan air suam. Pinggan bukan sekadar hilang bau hanyir, malah lebih berkilat dan cantik.

Selasa - 8 Jun 2010

10.45 pagi
Ayam Goreng Cepat Garing

Ayam goreng yang garing menjadi kegemaran ramai. Untuk menyediakan ayam goreng yang garing, masukkan sedikit air perahan limau nipis ke dalam minyak yang sedang panas. Gorenglah ayam seperti biasa. Anda akan dapati ayam sudah boleh dibalikkan tanpa menunggu lama dan proses memasak lebih singkat.


1.45 tengah hari
Tiada Lagi Bau Nasi Hangit

Bagi menghilangkan bau nasi hangit, ambil beberapa helai daun limau purut, carik-carikkan dan masukkan di dlam nasi hangit. Tutup semula tudung periuk. Pasti nasi berbau harum.